JEMPOL: Sebuah majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna pada Ahad di Bandar Seri Jempol dekat sini bertukar 'mimpi ngeri,' apabila pihak katering tidak muncul.
Berikutan itu, keluarga pengantin didakwa mengalami kerugian kira-kira RM13,000 akibat ditipu sebuah syarikat katering dan perkara itu turut dikongsikan di Facebooknya sebelum ia tular.
Wakil keluarga yang juga abang kepada pengantin perempuan, Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor, 31, tampil memohon maaf kepada tetamu susulan mereka terpaksa menjamu juadah seadanya.
Menurutnya, selepas majlis akad nikah adiknya, dia ke dewan majlis untuk melihat persiapan, namun hanya ada pelamin sahaja, tiada meja dan kerusi untuk tetamu.
"Kami telah menjadi mangsa penipuan pihak katering yang ditempah adik kami. Banyak kali kami cuba telefon tetapi tiada maklum balas. Jumlah tempahan yang dah dibuat untuk 1,000 orang. Pening kami nak fikir.
"Kami tunggu hingga jam 9 malam (malam sebelum majlis) memang tiada respons, jadi kami sembilan beradik ambil keputusan untuk masak sendiri. Kami hanya mampu siapkan dalam anggaran 400 tetamu. Itu pun sekadar lauk ayam gulai, sambal belacan, buah dan ulam-ulaman," katanya.
Dia berkata, mereka sekeluarga terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan bagi mencari meja, kerusi, periuk besar dan barang-barang untuk memasak lauk majlis perkahwinan adik ketujuhnya itu.
"Maka, kami harungi hari besar adik kami dengan sebaiknya, kami susun semua kerusi meja sendiri, dalam kesedihan kami atasi semuanya dengan semangat. Kami yakin kami boleh buat semua ini.
"Alhamdulillah semalam (majlis) semuanya berjalan dengan baik walaupun hanya dengan ada satu lauk hidangan. Ada yang datang menaja apam balik, popcorn, kuih muih. Semua datang dan buat dengan penuh kasih sayang.
"Allah Maha Kaya, walaupun majlis dah berakhir tapi lauk-pauk masih ada, syukur semuanya cukup. Terima kasih semua yang hadir. Allah beri kami ujian sesuai kemampuan kami. Allah uji kami sebab Allah sayang kami," ujarnya.
Dalam pada itu, katanya laporan polis telah dibuat oleh adiknya dan mereka sekeluarga menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut selain berharap kejadian seperti itu tidak berlaku pada pihak lain.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 25 2023
Burhanuddin Rabbani berkongsi suasana pada majlis perkahwinan adiknya (kiri). - Foto Sinar Harian
Program BUDI MADANI sumbang kestabilan bekalan makanan negara - Pakar
Hafizan berkata, bantuan tunai bulanan RM200 melalui program itu dapat mengurangkan kos operasi petani, pekebun dan penternak kecil.
Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan
Difahamkan, dua individu itu ditahan di sekitar Puncak Alam kira-kira jam 11 pagi pada Jumaat.
MDEC perkenal skim insentif cukai buat syarikat Digital Malaysia
Insentif itu dilihat memenuhi komitmen kerajaan di bawah Bajet 2024 untuk memperkenalkan insentif cukai berasaskan hasil.
Johari ketuai delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun
Menurut Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, lawatan rasmi itu atas undangan Speaker Dewan Perwakilan Jepun Fukushiro Nukaga.
Malaysia negara ASEAN pertama bangunkan Akaun Satelit Sukan - Hannah
Ia antara lain bertujuan menyediakan statistik dan set data melibatkan industri sukan yang komprehensif, menyeluruh dan holistik.
Polis Sepanyol rampas jersi tiruan, nilai melebihi RM30 juta
Semua jersi tersebut dijual menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara antara Real Madrid dan Borussia Dortmund dan Kejohanan Eropah di Jerman bulan depan.
WHO cemas jumlah kes denggi yang tinggi
Bilangan kes denggi di seluruh dunia dilaporkan meningkat sejak lima tahun lalu, dengan situasi yang amat membimbangkan di benua Amerika tahun ini, menurut laporan baharu yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.
Beberapa orang awam termasuk polis cedera diserang di Mannheim
Seorang lelaki cedera ditembak polis tempatan selepas mencederakan beberapa individu di dataran di bandar Mannheim barat daya Jerman, pada Jumaat.
Lebih 6,000 mangsa banjir diselamatkan di India
Taufan Emal yang melanda negeri Manipur, di timur laut India menyebabkan lebih 6,000 penduduk di sana terperangkap akibat banjir kilat.
Situasi itu menyebabkan pasukan penyelamat digerakkan ke negeri tersebut bagi menyalurkan barangan keperluan kepada mangsa yang terkandas di rumah.
Situasi itu menyebabkan pasukan penyelamat digerakkan ke negeri tersebut bagi menyalurkan barangan keperluan kepada mangsa yang terkandas di rumah.
Selepas sabitan bersalah, Trump adakan sidang media
Sehari selepas juri New York mensabitkan bekas Presiden Donald Trump bersalah atas 34 pertuduhan jenayah memalsukan rekod perniagaan, calon presiden Parti Republikan itu mengadakan sidang media di Menara Trump di Manhanttan.
Kenduri kahwin jadi 'mimpi ngeri', katering tak muncul-muncul
Sebuah majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung penuh meriah di Jempol bertukar 'mimpi ngeri,' apabila pihak katering tidak muncul.